Pages

Thursday, August 25, 2011

Bekas pengawal dituduh pecah amanah RM2.1 juta





2011/08/25

IPOH: Seorang bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 14 tuduhan pecah amanah membabitkan wang dari mesin ATM berjumlah RM2.1 juta dua tahun lalu. 

Abdul Rauf Lub Abdul Rahman, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Leck Abdullah.
Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Rauf Lub yang bertugas sebagai ketua zon sebuah syarikat keselamatan, didakwa melakukan kesalahan itu melibatkan RM1,310,050 di tujuh mesin ATM Maybank sekitar Ipoh antara 9.59 pagi 23 Dis 2009 dan 1.47 petang 25 Disember 2009 selain RM480,000 di empat ATM CIMB berasingan di sini antara 12.11 tengah hari 16 Disember 2009 dan 9.50 pagi 24 Disember 2009.
Dia turut didakwa melakukan pecah amanah sebanyak RM230,000 di mesin ATM Bank Islam Malaysia Malaysia Berhad di sini antara 4.44 petang 22 Disember 2009 dan 8.21 malam 28 Disember 2009, selain melakukan perbuatan serupa melibatkan RM81,350 di ATM Hong Leong Bank Berhad di Jelapang 1 di sini antara 2.06 petang 24 Disember 2009 dan 10.53 malam 25 Disember 2009. 

Hakim Julie membenarkan Abdul Rauf diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan erta menetapkan 6 September bagi kes disebut semula. - BERNAMA 

No comments: