25/08/2011 5:49pm
PUTRAJAYA 25 Ogos — Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan awal itu dibuat berdasarkan hasill ujian ke atas sampel sisa muntah dan najis mangsa-mangsa yang terlibat.
"Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan. Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.
Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan sama. — Bernama
No comments:
Post a Comment