Pages

Saturday, July 23, 2011

Tel Aviv ancam bubar perjanjian dengan Palestin

TEL AVIV: Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon semalam mengulangi amaran kepada Pihak Berkuasa Palestin berhubung usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa untuk sebuah negara Palestin merdeka.

Ayalon mendakwa keputusan itu boleh membawa kepada kekecewaan dan mungkin keganasan di wilayah yang dijajah Israel dan rejim itu mungkin membubarkan perjanjian yang sudah dicapai dengan Palestin.


Palestin bercadang mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September ini.

Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat menentang usaha berkenaan.


Untuk menjadi anggota PBB memerlukan usul daripada Majlis Keselamatan dan diluluskan oleh dua pertiga anggota Dewan Perhimpunan atau 128 negara.


Setakat ini lebih 100 negara mengesahkan perisytiharan kemerdekaan Palestin yang dibuat pada 1988 tetapi Amerika Syarikat mengancam akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang usaha mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. - Agensi

myMetro | Tel Aviv ancam bubar perjanjian dengan Palestin

No comments: