Pages

Saturday, July 23, 2011

Biar habis hayat depan keluarga

KUALA LUMPUR: Keluarga seorang rakyat Malaysia, Liew Chiew Seng, 68, yang dipenjarakan 26 tahun di Australia atas kesalahan membunuh dan sudah 20 tahun menjalani hukuman itu meminta bantuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membebaskannya melalui Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Anak lelaki Chiew Seng, Liew Chih Yuan, 32, berkata, bapanya kini mengalami tekanan perasaan akibat terlalu lama berada dalam penjara. Lebih menyedihkan, bapanya menghidap penyakit batu karang dan Parkinson.


“Bapa saya sudah menjalani hukuman penjara selama 20 tahun dan menghidap pelbagai penyakit, jadi kami yakin bapa sudah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

“Kami akan membuat rayuan kepada Lembaga Parol (SPA) New South Wales, Australia supaya tempoh hukuman penjara dikurangkan agar kami dapat bersamanya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.


“Dalam tempoh 20 tahun itu juga kami hidup tanpa kasih sayang seorang bapa, oleh kerana itu, atas dasar kemanusiaan, kami berharap kerajaan Australia akan membebaskannya,” katanya.


Sementara itu, dalam sesi pertemuan dengan wakil Suhakam, Chih Yuan yang datang bersama adik perempuannya, Liew Kwei Fei, 31, turut menyerahkan memorandum berkenaan rayuan itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam.

myMetro | Biar habis hayat depan keluarga

No comments: