Pages

Saturday, July 23, 2011

Kes guru agama ke Mahkamah Tinggi


HANIF (kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi.
HANIF (kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi.


KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan memindahkan kes seorang guru agama, Hanif Mohd Ali, 26, yang dituduh membunuh pelajar berusia tujuh tahun ke Mahkamah Tinggi Kangar.

Keputusan dibuat Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas mendengar permohonan pihak pendakwa yang diwakili Noorsyazwani Mohamad Sobry, tetapi tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi tidak ditetapkan.
Hanif pada 31 Mac lalu antara jam 6 petang hingga 12 malam, dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang juga pelajar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Furqan, Jejawi Dalam, dekat sini dalam bilik warden asrama putra sekolah agama milik persendirian itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Pada prosiding semalam, Hanif yang juga warden asrama sekolah berkenaan kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum walaupun menyedari kehadirannya menjadi tumpuan umum termasuk media. Malah, dia yang berbaju T biru muda dan seluar berwarna krim serta berkopiah, tampil lebih kemas berbanding seragam lokap ungu yang sering dipakainya sebelum ini.

Tertuduh diwakili peguam, Zulmi Sabri. Berita Harian Online | Kes guru agama ke Mahkamah Tinggi

No comments: