Pages

Monday, June 13, 2011

Tenggiling terselamat jadi sajian


SEBAHAGIAN 35 ekor tenggiling yang dirampas Perhilitan Pulau Pinang dalam serbuan di Mak Mandin, Butterworth kelmarin.


GEORGE TOWN – Cubaan sekumpulan lelaki menyeludup 35 ekor tenggiling Malaysia ke Thailand tidak berhasil apabila salah seorang daripada mereka ditahan ketika memindahkan haiwan tersebut ke dalam but sebuah kereta, berhampiran Tokong Cina di Mak Mandin, Butterworth dekat sini pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi oleh tiga pegawai dari Unit Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya dicekup manakala empat rakannya sempat meloloskan diri.
Ketua Unit Penguatkuasaan negeri, Khairul Nizam Yahaya berkata, sindiket penyeludupan tenggiling yang dianggarkan bernilai RM50,000 itu berjaya ditumpaskan hasil intipan yang dilakukan sejak dua minggu lalu.
Menurut beliau, siasatan mendapati kumpulan itu tidak menggunakan sebarang premis untuk dijadikan stor simpanan sebaliknya cuma menggunakan dua buah kenderaan dalam proses pemindahan hidupan liar itu.
Kosmo! Online - Negara

No comments: