Pages

Monday, June 13, 2011

Serangan bom kembar ragut 39 nyawa

SERANGAN BOM KEMBAR: Para sukarelawan Pakistan sedang membawa keluar salah seorang daripada puluhan mangsa letupan kembar di sebuah pasar raya yang sesak di Peshawar, lewat kelmarin, yang mana 39 orang dilaporkan terbunuh. -- Foto AFP

Taleban Pakistan nafi terbabit pengeboman di pasar raya sesak di Peshawar


PESHAWAR: Kumpulan Taleban Pakistan semalam menafikan terbabit dalam satu kejadian serangan bom kembar yang memusnahkan sebuah pasar raya sesak di Peshawar, sebuah bandar di barat laut Pakistan, yang membunuh 39 orang dan mencederakan puluhan lain.
Serangan itu, antara yang paling dahsyat di bumi Pakistan sejak tentera khas Amerika Syarikat membunuh ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, pada bulan lalu, memusnahkan daerah Pasar Raya Khyber, termasuk sebuah hotel, kedai-kedai dan bangunan asrama pelajar.Satu letupan kecil sekitar 11.30 malam kelmarin (waktu tempatan) menarik perhatian orang ramai dan perkhidmatan kecemasan Pakistan. Ini disusuli letupan kedua yang lebih kuat dan boleh didengari sejauh beberapa kilometer.'Angka kematian letupan itu sudah meningkat kepada 39 orang kerana empat orang yang cedera parah meninggal dunia di hospital,' kata seorang pegawai polis setempat, Encik Ijaz Khan, kepada agensi berita AFP.Beliau berkata letupan-letupan itu berlaku selang empat minit antara satu sama lain.'Letupan pertama agak kecil tetapi sedang orang ramai mula berkumpul dekat tempat kejadian letupan itu, yang kedua, yang lebih besar, pula berlaku,' katanya lagi.Mereka yang terbunuh termasuk dua wartawan daripada akhbar bahasa Inggeris, Pakistan Today dan The News.Dr Abdul Hameed Afridi, ketua doktor di Hospital Lady Readings di Peshawar, mengesahkan perangkaan kematian itu dan berkata 108 orang yang cedera telah dibawa ke hospital malam kelmarin, dengan 47 daripada mereka terpaksa tinggal di hospital untuk rawatan lanjut.Kumpulan Taleban Pakistan, yang berikar melakukan serangan-serangan bagi membela kematian Osama, menafikan sebarang pembabitan dalam kejadian pengeboman itu dan berkata mereka hanya menyerang sasaran pemerintah dan tentera.'Kami tidak menjalankan serangan di Peshawar itu. Ia satu percubaan oleh agensi-agensi asing yang melakukannya untuk memfitnah kami,' kata jurucakap Tehreek-e-Taliban, Ehsanullah Ehsan, kepada AFP menerusi telefon.'Kami tidak menjadikan orang- orang tidak berdosa sebagai sasaran. Sasaran kami amat jelas, kami menyerang pasukan keselamatan, pemerintah dan orang yang menyebelahi pihak mereka,' kata Ehsan lagi.Letupan semalam memusnahkan enam kedai dan sebuah hotel.Serpihan anggota badan manusia telah ditemui di tempat kejadian, bersama pinggan mangkuk dan perabot-perabot hotel yang pecah dan bersepahan. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: