Pages

Monday, June 13, 2011

Meninggal selepas lancar mogok lapar

TEHERAN: Anggota pembangkang yang dipenjarakan Reza Hoda Saber, yang mengadakan mogok lapar sejak 2 Jun meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor laman web pembangkang Iran, Kaleme.com semalam.

“Pasukan keselamatan memindahkan beliau daripada penjara Evin ke hospital Modarres, Jumaat lalu berikutan komplikasi kardiak akibat mogok lapar. Tetapi komplikasi jantung terlalu teruk,” kata laman web itu.

Saudara perempuan Hoda Saber memberitahu agensi berita ISNA yang beliau sudah mengenal pasti mayat saudaranya itu di hospital.
Lelaki yang juga wartawan berusia lingkungan 50-an mengadakan mogok lapar sebagai protes kematian anak perempuan pembangkang veteran Iran, Haleh Sahabi ketika pengebumian bapanya, menurut Kaleme.com.

Sahabi, 54, yang juga aktivis sosial dan politik meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Jun ketika berdepan dengan pasukan keselamatan ketika pengebumian bapanya, Ezatollah Sahabi. – AFP
Berita Harian Online | Meninggal selepas lancar mogok lapar

No comments: