Pages

Monday, June 13, 2011

Mangsa dera seksual dapat RM286.8j

LONDON: Seorang wanita yang didera secara seksual oleh ketua pejabatnya menerima sejumlah AS$95 juta (RM286.8 juta), bayaran pampasan tertinggi pernah dicatatkan di Amerika Syarikat dalam kes gangguan seksual.

Ashley Alford, yang berusia pertengahan 20-an memenangi tuntutan berkenaan daripada bekas majikannya, Aaron’s dari St Louis, selepas seorang pengurus di sebuah kedai elektrik dan perabot didakwa menyerang beliau di sebuah bilik simpanan bekalan.

Pendakwa berkata Richard Moore, yang masih lagi menantikan perbicaraan, mencubit Alford dan membuat komen yang tidak sepatutnya sebelum serangan pada 2006 itu.
Dalam dokumen mahkamah, Alford berkata Moore cuba mendapatkan ‘balasan seksual’ untuk membolehkan beliau keluar makan tengahari lebih lama atau bercuti.

Alford mendakwa bahawa serangan itu berlaku selepas hampir setahun gangguan yang berterusan dalam persekitaran kerja, penuh dengan jenaka seksual dan ajakan berbaur lucah.

Beliau mengakui bahawa pada September 2006, Moore menarik rambutnya, membuka zip seluarnya, menarik kepala beliau ke belakang dan melanggar kepala beliau dengan kemaluan lelaki itu.

Dalam kejadian kedua pada 12 Oktober 2006, ketua terbabit sekali lagi melanggar kepala mangsa dengan kemaluannya dan menjatuhkan beliau ke lantai di bilik stor, membuka bajunya dan mencabul mangsa.
“Daripada apa yang boleh kita katakan, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar di negara ini membabitkan seorang plaintif individu,” lapor Daily Mail yang memetik peguam Alford, David Ratner. – Agensi
Berita Harian Online | Mangsa dera seksual dapat RM286.8j

No comments: