Pages

Monday, June 13, 2011

Awan debu Chile sampai New Zealand





AWAN debu daripada letusan gunung berapi di Chile dapat dilihat dari pusat peranginan San Martin de Los Andes di Patagonia, Argentina.
AWAN debu daripada letusan gunung berapi di Chile dapat dilihat dari pusat peranginan San Martin de Los Andes di Patagonia, Argentina.



Banyak jadual penerbangan terpaksa dibatalkan

WELLINGTON: Beberapa penerbangan keluar masuk New Zealand terpaksa dibatalkan semalam selepas awan debu daripada gunung berapi yang meletus di Chile merebak ke ruang udara negara itu.


Penerbangan nasional Australia, Qantas Airways, berkata pihaknya membatalkan 22 penerbangan keluar masuk New Zealand dan pulau Tasmania di Australia selain lapan penerbangan dalam pulau selatan New Zealand berikutan debu daripada gunung berapi Cordon Caulle, Chile.
Pesawat tambang murah Australia Jetstar berkata pihaknya membatalkan penerbangan domestik ke lapangan terbang di pulau selatan.

Pesawat nasional Air New Zealand tidak membatalkan atau menangguhkan sebarang penerbangan tetapi mengalihkan laluan penerbangan dan ketinggian bagi memastikan penerbangan melalui kawasan yang bebas debu, kata jurucakap syarikat Tracy Mills.

Pergerakan awan berdebu boleh merosakkan enjin pesawat dengan teruknya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand berkata kepulan debu boleh menjejaskan tahap perjalanan bagi jet dan pesawat tur-boprop antara 6,000 dan 10,000 meter ketinggian.
Agensi itu berkata debu mungkin menjejaskan penerbangan untuk minggu depan.
Penerbangan di Amerika Selatan seperti di Chile, Argentina, Uruguay dan Brazil tidak dapat meneruskan penerbangan sejak beberapa hari berikutan letusan itu yang bermula pada 4 Jun.

Amaran dan gangguan penerbangan itu terjadi 14 bulan selepas penerbangan di seluruh Eropah dihentikan selepas letupan gunung berapi Iceland, Eyjafjallajokull.

Ramalan kaji cuaca persendirian WeatherWatch.co.nz berkata semalam debu dari gunung berapi itu bergerak mengikut putaran jam di kelilingi Antartika di ketinggian yang sangat tinggi. – AP
Berita Harian Online | Awan debu Chile sampai New Zealand

No comments: