Pages

Monday, June 13, 2011

Anggota Al-Qaeda paling dikehendaki di Afrika dibunuh

MOGADISHU: Pihak polis Somalia lewat kelmarin berkata anggota Al-Qaeda yang paling dikehendaki di Afrika, Fazul Abdullah Mohammed, telah dibunuh di ibu kota Somalia, Selasa lalu.

Mohammed, yang mempunyai reputasi mengendalikan cabang Al-Qaeda di timur Afrika, beroperasi di Somalia. Dia telah meloloskan diri daripada ditangkap sejak lebih sedekad lalu selepas didakwa menjadi dalang dalam peristiwa serangan kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi dan Dar es Salaam pada 1998, yang membunuh 240 orang.
Polis berkata mereka menembak Mohammed di sebuah pusat pemeriksaan di Mogadishu, selepas berlakunya kejadian tembak-menembak pada tengah malam Sabtu lalu di negara yang huru-hara itu.Mohammed, yang juga dikenali sebagai 'Harun', adalah seorang pakar linguistik dan komputer yang mempunyai sekurang- kurangnya 18 nama lain dan dipercayai hidup bersembunyi sejak sedekad lalu.Washington berkata beberapa anggota Al-Qaeda yang terbabit dalam pengeboman kedutaan itu telah mendapat perlindungan di selatan Somalia, rantau paling ganas di Afrika.Somalia, negara jiran Kenya di bahagian utara, tidak mempunyai sebuah pemerintah pusat yang berkesan sejak penggulingan bekas diktatornya, Encik Mohamed Siad Barre, pada 1991.'Kami mengesahkan dia dibunuh oleh polis kami di sebuah pusat pemeriksaan minggu ini,' kata Cik Halima Aden, seorang pegawai kanan keselamatan negara, kepada agensi berita Reuters di Mogadishu.'Dia mempunyai pasport ke Afrika Selatan dan juga beberapa dokumen lain,' kata Cik Adel.Amerika pernah menawarkan AS$5 juta ($4 juta) kepada mereka yang menawarkan maklumat yang boleh membantu kepada penangkapan pengganas yang fasih dalam lima bahasa, pakar menyamar, pemalsuan dan pembuat bom itu. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: