Pages

Monday, June 13, 2011

Russell Crowe hina amalan berkhatan

LOS ANGELES 12 Jun - Pelakon Russell Crowe (gambar) memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya yang mengatakan amalan berkhatan sebagai satu tindakan kejam dan bodoh.
Pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar itu membuat permohonan maaf tersebut selepas 24 jam membuat kenyataan tersebut di laman web Twitter.
Crowe, 47, semalam menyatakan dia tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.
"Walaupun saya mempunyai pandangan tersendiri, saya sedar beberapa orang akan melihat tanggapan saya ini menghina tradisi dan budaya orang lain. Saya minta maaf.
"Saya sayang semua orang walau di mana mereka berada. Saya ingin meminta maaf di atas tindakan yang menimbulkan kemarahan orang lain,'' ujarnya.
Dia sebelum ini mempertahankan pandangannya itu sehingga ia menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan menimbul kemarahan penduduk di beberapa buah negara.
Crowe yang mempunyai dua anak lelaki, Charlie, 7, dan Tennyson, 4, mempercayai bayi adalah sempurna dan kesempurnaan itu tidak patut 'diganggu'.
Dia dalam Twitter berkata, 'Berkhatan adalah kejam dan bodoh. Siapa anda untuk membetulkan perkara semulajadi? Adalah benar Tuhan mahukan derma kulit khatan itu? Bayi adalah sempurna'. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: