Pages

Monday, June 13, 2011

Serang istana: Lima disyaki terlibat ditahan

DUBAI 13 Jun – Seramai lima orang telah ditahan hari ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan serangan bom yang mencederakan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh pada 3 Jun lepas, kata seorang diplomat.
Menurut sumber yang dihubungi melalui telefon, kira-kira 50 orang telah disoal siasat setakat ini, namun tidak menyediakan maklumat lanjut mengenai penahan tersebut.
Saleh telah diterbangkan ke Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan dalam serangan bom ke atas Istana Presiden pada awal bulan ini. - AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments: