Pages

Monday, June 13, 2011

Jerebu tebal dari kebakaran hutan di Arizona kian merebak

SPRINGERVILLE (Arizona): Jerebu asap yang memedihkan mata dan tekak berikutan kebakaran hutan besar di wilayah Arizona, Amerika Syarikat, mula merebak ke arah timur sejauh bahagian tengah New Mexico.

Ia memaksa pihak berkuasa kesihatan Arizona mengeluarkan amaran kepada para penduduk mengenai masalah pernafasan membahayakan yang mungkin timbul.
Kebakaran di kawasan seluas 1,080 kilometer persegi itu bukan lagi merupakan masalah Arizona sahaja, sedang anggota bomba bertungkus-lumus berusaha memadamkan kebakaran setempat.Namun, kebakaran hutan sebahagian besarnya masih belum dapat diatasi.Pihak berkuasa bimbang tiupan angin kencang ke arah barat daya pada sebelah petang mungkin sekali lagi mengancam para penduduk di kawasan pergunungan yang diselamatkan beberapa hari yang lalu.Asap di timur Arizona mengandungi paras bahan jelaga kecil hampir 20 kali ganda lebih tinggi berbanding piawaian kesihatan federal semalam.Bagaimanapun, ia lebih rendah berbanding paras 40 kali ganda yang dikesan sehari sebelumnya, tetapi ia masih bergantung kepada perubahan haluan angin.Hari ini mungkin lebih teruk, kata Encik Mark Shaffer, dari Jabatan Mutu Sekitaran Arizona.'Hal ini akan bertambah baik tetapi (ketika ini) ia masih buruk,' kata Encik Shaffer, semalam.Para pegawai wilayah New Mexico sedang memantau mutu udaranya dan menasihatkan para penduduk dari kawasan sempadan Arizona ke Albuquerque supaya berwaspada. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: