GUVECCI (Turki): Warga Syria yang kini menjadi pelarian di Turki, menceritakan mengenai anggota polis negara itu yang berbunuhan sesama sendiri, ada askar enggan mematuhi arahan menembak penunjuk perasaan dan tiga pemuda yang dipenggal tentera ketika cuba melarikan diri.
Ketika lebih 2,400 orang rakyat negara itu menyeberang masuk ke sempadan Turki kelmarin selepas melarikan diri dari kediaman yang dikepung askar bersama kereta kebal, mereka juga membawa bersama kisah sebenar dalam tempoh seminggu pemberontakan dan kekacauan di Jisr al-Shughour.
Walaupun selamat di khemah perlindungan sementara di Turki, kira-kira 20 kilometer dari sempadan Syria, pelarian berkata mereka tetap bimbang pihak tentera akan menceroboh masuk dan enggan memberitahu nama sebenar kepada wartawan.
Seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rami, 22, berkata pasukan keselamatan Syria berselisih pendapat mengenai cara menangani dan menyuraikan penunjuk perasaan.
“Segalanya bermula apabila dua penunjuk perasaan dibunuh seminggu lalu, menyebabkan anggota polis yang enggan menerima arahan ketua mereka dari puak Alawiyyin agar menembak orang awam, bergaduh sesama sendiri di balai polis Emin Asqari.
“Kemudian sekumpulan askar juga disingkirkan selepas enggan menembak penunjuk perasaan. Mereka menanggalkan pakaian seragam, meninggalkan senjata dan melarikan diri bersama keluarga masing-masing,” kata Rami, seorang pelajar di sebuah universiti di Jisr al-Shughour.
Beliau berkata, dua helikopter juga melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam dan rumah penduduk yang dicurigai.
Rami berkata, beliau tidak dapat menghubungi ramai rakannya. – AP
Berita Harian Online | Ada polis, askar Syria enggan tembak pemberontakKetika lebih 2,400 orang rakyat negara itu menyeberang masuk ke sempadan Turki kelmarin selepas melarikan diri dari kediaman yang dikepung askar bersama kereta kebal, mereka juga membawa bersama kisah sebenar dalam tempoh seminggu pemberontakan dan kekacauan di Jisr al-Shughour.
Walaupun selamat di khemah perlindungan sementara di Turki, kira-kira 20 kilometer dari sempadan Syria, pelarian berkata mereka tetap bimbang pihak tentera akan menceroboh masuk dan enggan memberitahu nama sebenar kepada wartawan.
Seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rami, 22, berkata pasukan keselamatan Syria berselisih pendapat mengenai cara menangani dan menyuraikan penunjuk perasaan.
“Segalanya bermula apabila dua penunjuk perasaan dibunuh seminggu lalu, menyebabkan anggota polis yang enggan menerima arahan ketua mereka dari puak Alawiyyin agar menembak orang awam, bergaduh sesama sendiri di balai polis Emin Asqari.
“Kemudian sekumpulan askar juga disingkirkan selepas enggan menembak penunjuk perasaan. Mereka menanggalkan pakaian seragam, meninggalkan senjata dan melarikan diri bersama keluarga masing-masing,” kata Rami, seorang pelajar di sebuah universiti di Jisr al-Shughour.
Beliau berkata, dua helikopter juga melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam dan rumah penduduk yang dicurigai.
Rami berkata, beliau tidak dapat menghubungi ramai rakannya. – AP
No comments:
Post a Comment