Pages

Thursday, April 7, 2011

Penduduk jadi perisai


PENYOKONG Gaddafi menunjuk perasaan di Hospital Zawiya bandar pelabuhan yang terletak kira-kira 50 kilometer ke barat Tripoli, semalam.
PENYOKONG Gaddafi menunjuk perasaan di Hospital Zawiya bandar pelabuhan yang terletak kira-kira 50 kilometer ke barat Tripoli, semalam.


BENGHAZI: Serangan udara Nato terhadap Libya terjejas akibat tindakan tentera Muammar Gaddafi berlindung
Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, operasi Nato kini menjadi semakin rumit kerana terpaksa berdepan dengan tentera Gaddafi yang sering dikerah supaya berada dekat dengan orang awam sebagai perlindungan taktikal dalam menghadapi serangan udara pakatan itu.

“Kami secara rasmi meminta supaya tidak ada kemusnahan sampingan terhadap penduduk awam. “Ia jelas menjadikan operasi kami lebih rumit,” katanya kepada radio France Info, merujuk kepada keadaan di Misrata, bandar pelabuhan di barat Iraq yang dikepung oleh tentera Libya.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen mengenai keadaan di bandar berkenaan.

Beliau berkata, keadaan di Misrata tidak boleh dibiarkan berterusan. Pemimpin pemberontak yang berpangkalan di Libya, Abdelfateh Yunis sebelum ini berkata, pihaknya kecewa dengan Nato kerana tidak melakukan secukupnya untuk melindungi orang awam di Misrata.


Ketua tentera Perancis, Laksamana Edouard Guillaud turut menyuarakan rasa kecewa terhadap rentak Nato dalam operasi itu.

“Saya inginkan operasi ini berjalan dengan pantas. Tetapi seperti yang anda tahu, untuk melindungi orang awam bermakna anda tidak boleh mensasarkan serangan sesuka hati. Keadaan itu sungguh rumit,” katanya kepada Radio Europe 1. - AFPmyMetro | Penduduk jadi perisai

No comments: