Pages

Thursday, April 7, 2011

Nato ikrar lindungi penduduk Misrata

BRUSSELS: Nato semalam berikrar untuk melakukan apa saja bagi melindungi orang awam di bandar Misrata.

“Misrata menjadi keutamaan kami,” kata timbalan jurucakap pakatan itu, Carmen Romero.


“Kami mempunyai mandat yang jelas dan kami akan melakukan apa saja untuk melindungi orang awam Misrata,” katanya merujuk kepada ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan semua tindakan bagi melindungi penduduk Libya.

Carmen berkata demikian selepas pemberontak Libya menuduhnya tidak bertindak secukupnya untuk melindungi penduduk bandar ketiga terbesar Libya itu.


Pemerintah kanan pasukan pemberontak, Abdelfatah Yunis, berkata sebelum ini, pesawat Nato tidak mengambil langkah sepatutnya ketika tentera yang setia kepada Gaddafi meningkatkan serangan meriam terhadap orang awam di bandar berkenaan, “Nato membiarkan penduduk Misrata mati setiap hari. Jika mereka (Nato) menunggu seminggu lagi, tidak ada apa yang tinggal di Misrata.” kata Abdelfatah kepada wartawan di kubu kuat pemberontak di Benghazi. - AFP

No comments: