Pages

Thursday, April 7, 2011

Kebocoran air loji nuklear Fukushima diatasi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

TOKYO 6 April - Jepun hari ini berjaya menyekat air yang sangat radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi daripada bocor ke laut dan mengaku tersilap tidak menyalurkan maklumat sewajarnya kepada negara-negara jiran mengenai pencemaran bahan radioaktif di laut.

Walaupun berjaya menampal kebocoran di loji itu, jurutera masih perlu mengepam 11.5 juta liter air laut tercemar balik ke laut kerana mereka kehabisan ruang simpanan di kompleks tersebut.

Air laut itu telah digunakan untuk menyejukkan rod tenaga yang terlalu panas, menyebabkannya dicemari bahan radioaktif paras rendah.

Pakar nuklear berkata, reaktor-reaktor yang rosak di Fukushima masih belum dapat dikawal, hampir sebulan selepas dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Operator loji, Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata, juruteranya telah menampal kebocoran di reaktor No. 2 dengan menggunakan kaca cecair.

'Kebocoran diperlahankan semalam selepas kami menyuntik kaca cecair dan bahan pengeras dan kini sudah dihentikan,' kata seorang jurucakap TEPCO.

Jurutera telah bertungkus-lumus berusaha untuk menghentikan kebocoran dari reaktor No. 2, termasuk dengan menggunakan serbuk kayu dan kertas akhbar.

Negara jiran, Korea Selatan dan China semakin bimbang mengenai krisis nuklear itu dan tindakan mengepam air radioaktif ke laut, lapor akhbar tempatan. - Reuters"

No comments: