IKAN dilambak di pasar Hirakata, wilayah Ibaraki, semalam untuk jualan kali pertama sejak gempa dan tsunami melanda. Kementerian Kesihatan Jepun mengesan tahap radiasi dalam ikan kecil di Ibaraki. |
India haram produk makanan Jepun selama 3 bulan, ikan ada radiasi tinggi
TOKYO: Jepun mengakui sepatutnya memberi lebih banyak maklumat kepada negara jiran berhubung pencemaran radioaktif di lautan selepas menghentikan cecair radioaktif masuk ke laut semalam dari sebuah loji jana kuasa yang musnah.
Pengakuan itu dibuat selepas Korea Selatan dan China menyuarakan kebimbangan mengenai krisis nuklear dan cecair radioaktif dipam ke dalam laut manakala India mengharamkan pengimportan produk makanan Jepun selama tiga bulan.
Meskipun berjaya menghentikan kebocoran itu, pegawai mengesan lebih 4,000 becquerel iodine-131 sekilogram dalam ikan beberapa kilometer dari bandar Kitaibaraki, selatan loji Fukushima. Ikan itu juga mengandungi 447 becquerel cesium-137, unsur lebih bahaya berbanding iodine-131 kerana lebih tahan lama.
Bahan radioaktif dikesan dalam laut direkodkan 4,800 kali melebihi had dibenarkan, namun sejak itu turun kepada 600 kali ganda. Air yang tinggal dalam reaktor mempunyai paras radiasi lima juta kali ganda melebihi had dibenarkan.
“Kami arah Kementerian Perdagangan dan Luar bekerja sama supaya penjelasan terperinci dibekalkan terutama kepada negara jiran,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano kepada sidang media semalam.
Selain itu, walaupun berjaya menahan kebocoran di loji nuklearnya, jurutera masih perlu mengepam 11.5 juta liter air laut tercemar balik ke laut kerana mereka sudah ketiadaan ruang simpanan di kemudahan itu. Air laut digunakan untuk menyejukkan rod bahan api terlebih panas.
Pakar nuklear berkata, reaktor yang rosak belum lagi terkawal hampir sebulan selepas ia dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.
Pengendali loji Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata ia menahan kebocoran dengan menggunakan cecair kaca dalam satu daripada enam reaktor yang rosak dalam bencana nuklear terburuk dunia sejak insiden Chernobyl pada 1986.
“Kebocoran diperlahankan semalam (Selasa) selepas kami memasukkan cecair kaca dan sejenis ejen pengeras dan kini ia berhenti,” kata jurucakap TEPCO.
Jurutera bertungkus lumus menghentikan kebocoran reaktor nombor 2 hingga menggunakan habuk kayu dan surat khabar.
Bagaimanapun, ikan mengandungi paras tinggi radioaktif sudah ditemui meskipun Tokyo menyatakan radiasi akan segera berkurangan jika dibuang di laut.
“Situasi masih belum terkawal lagi,” kata Thomas Grieder, penganalisis Aisa di firma IHS Global Insight. – Reuters/Agensi
Berita Harian Online | Tokyo gagal beri maklumat penuhPengakuan itu dibuat selepas Korea Selatan dan China menyuarakan kebimbangan mengenai krisis nuklear dan cecair radioaktif dipam ke dalam laut manakala India mengharamkan pengimportan produk makanan Jepun selama tiga bulan.
Meskipun berjaya menghentikan kebocoran itu, pegawai mengesan lebih 4,000 becquerel iodine-131 sekilogram dalam ikan beberapa kilometer dari bandar Kitaibaraki, selatan loji Fukushima. Ikan itu juga mengandungi 447 becquerel cesium-137, unsur lebih bahaya berbanding iodine-131 kerana lebih tahan lama.
Bahan radioaktif dikesan dalam laut direkodkan 4,800 kali melebihi had dibenarkan, namun sejak itu turun kepada 600 kali ganda. Air yang tinggal dalam reaktor mempunyai paras radiasi lima juta kali ganda melebihi had dibenarkan.
“Kami arah Kementerian Perdagangan dan Luar bekerja sama supaya penjelasan terperinci dibekalkan terutama kepada negara jiran,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano kepada sidang media semalam.
Selain itu, walaupun berjaya menahan kebocoran di loji nuklearnya, jurutera masih perlu mengepam 11.5 juta liter air laut tercemar balik ke laut kerana mereka sudah ketiadaan ruang simpanan di kemudahan itu. Air laut digunakan untuk menyejukkan rod bahan api terlebih panas.
Pakar nuklear berkata, reaktor yang rosak belum lagi terkawal hampir sebulan selepas ia dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.
Pengendali loji Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata ia menahan kebocoran dengan menggunakan cecair kaca dalam satu daripada enam reaktor yang rosak dalam bencana nuklear terburuk dunia sejak insiden Chernobyl pada 1986.
“Kebocoran diperlahankan semalam (Selasa) selepas kami memasukkan cecair kaca dan sejenis ejen pengeras dan kini ia berhenti,” kata jurucakap TEPCO.
Jurutera bertungkus lumus menghentikan kebocoran reaktor nombor 2 hingga menggunakan habuk kayu dan surat khabar.
Bagaimanapun, ikan mengandungi paras tinggi radioaktif sudah ditemui meskipun Tokyo menyatakan radiasi akan segera berkurangan jika dibuang di laut.
“Situasi masih belum terkawal lagi,” kata Thomas Grieder, penganalisis Aisa di firma IHS Global Insight. – Reuters/Agensi
No comments:
Post a Comment