Pages

Thursday, April 7, 2011

Masyarakat antarabangsa kecam pertumpahan darah di Yaman




RAMAI CEDERA: Para penunjuk perasaan yang cedera menerima rawatan perubatan selepas pertempuran dengan askar pemerintah di Taez, kelmarin. -- Foto AP




SANAA: Masyarakat antarabangsa mengecam pertumpahan darah di Yaman dan memberi tekanan kepada Presiden Ali Abdullah Saleh agar meletak jawatan. Ini menyusuli kematian sekurang-kurangnya 24 orang dalam pertempuran terbaru.
Sejauh ini, Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Britain dan Italy telah mengeluarkan kenyataan bagi membidas keganasan itu.Kelmarin, lima orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan askar pemerintah di Sanaa.Pertempuran berdekatan Universiti Sanaa itu berlaku selang sehari 19 orang ditembak mati dalam tunjuk perasaan di bandar selatan Taez dan Hudaida.Mengulas, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Kemanusiaan, Encik Navi Pillay, mengutuk penggunaan kekerasan yang 'keterlaluan' di Taez.'Kami terkejut dengan laporan berkaitan penggunaan kekerasan yang keterlaluan dan tidak seimbang, termasuk penggunaan mesingan terhadap penunjuk perasaan yang aman oleh pasukan keselamatan pemerintah,' katanya.Di Washington, jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney, berkata:'Rakyat Yaman mempunyai hak mengadakan bantahan secara aman dan kami mengingatkan Presiden Ali Abdullah Saleh akan tanggungjawabnya dalam memastikan keselamatan rakyat Yaman yang melaksanakan hak sejagat mereka untuk meluahkan pandangan politik.'Kami menggesa pemerintah Yaman agar mengadakan siasatan menyeluruh ke atas kejadian ini dan menghukum mereka yang bertanggungjawab.'Di London pula, Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague, berkata beliau terkejut dengan keganasan yang berlaku.'Pada awal Mac, Presiden Saleh berjanji akan berhati-hati dalam mengerah pasukan keselamatan Yaman untuk mengawal bantahan awam. Kami menggesanya agar beliau memenuhi janji ini,' katanya.Menurut pegawai perubatan dan saksi, sekitar 125 orang terkorban sejauh ini dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.Penunjuk perasaan telah melancarkan bantahan mereka lewat Januari lalu bagi mendesak Presiden Ali, yang berkuasa sejak 1978, agar meletak jawatan. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: