Pages

Wednesday, October 20, 2010

Sudan: George Clooney cuba cetus perang


George Clooney


WASHINGTON 19 Okt. - Sudan semalam menuduh aktor Amerika Syarikat (AS), George Clooney cuba mencetuskan semula 'perang' menjelang pungutan suara pada Januari tahun depan di selatan Sudan dan wilayah Abyei, yang mungkin boleh memecah-belahkan negara itu.
Kedutaan Sudan di Washington tersinggung dengan artikel Clooney dan pengasas bersama projek antipenghapusan bangsa Enough Project, John Prendergast yang disiarkan di Washington Post Ahad lalu, tentang misi mereka ke negara itu, baru-baru ini.
"Mereka menyifatkan kunjungan ke selatan Sudan dan Abyei, baru-baru ini sebagai satu misi 'pencarian fakta'.
"Tidak ada satu pun kenyataan dalam artikel itu yang tidak meninggalkan kesangsian bahawa ia adalah satu kempen maklumat salah yang basi dan ia tidak pernah gagal dalam memulakan perang," kata kedutaan tersebut.
Selatan Sudan terlibat dalam perang selama dua dekad dengan utara Sudan yang menyaksikan kira-kira 1.5 juta penduduknya maut dalam pertempuran, penyakit atau kebuluran.
Perang berkenaan berakhir pada 2005 menerusi satu perjanjian damai, yang menetapkan bahagian selatan Sudan perlu mengadakan pungutan suara pada 9 Januari bagi menentukan sama ada ia mahu keluar dari Sudan atau terus kekal menjadi sebahagian negara itu.
Pungutan suara yang sama akan diadakan di wilayah Abyei yang kaya dengan minyak, yang terletak merentangi sempadan utara-selatan Sudan.
Selepas bertemu Presiden Barack Obama minggu lalu, Clooney dan Prendergast berkata, sambutan antarabangsa terhadap perang di Sudan dilihat dingin.
Mereka turut meminta negara-negara Eropah, China dan Mesir menjalankan tindakan tegas terhadap kerajaan Presiden Omar al-Bashir, yang berpusat di Khartoum, ibu negara Sudan. - AFPhttp://www.utusan.com.my

No comments: