Pages

Wednesday, October 20, 2010

Berdosa besar mohon bantuan daripada syaitan

KULAIJAYA: “Amalan menggunakan ilmu hitam termasuk dalam sembilan jenis dosa besar kerana memohon bantuan daripada syaitan,” kata Pegawai Fala’ Syarie, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak ketika mengulas kejadian dialami Ila.
Katanya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud, Allah melarang keras penggunaan ilmu sihir kerana ia menggunakan syaitan dan termasuk dalam tujuh dosa besar.

Tegas Hanafiah, perbuatan menggunakan ilmu hitam bukan saja merosakkan tauhid, malah boleh mengakibatkan manusia terpesong daripada landasan agama yang sebenar.

“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, manusia yang menggunakan khidmat syaitan untuk memohon bantuan akan merasa kemaruk dan ketagih hingga sukar meninggalkan perbuatan itu.

“Kita dapat lihat dalam kes ini bagaimana seorang pengamal ilmu hitam berasa ketagih melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali tanpa mengira azab yang bakal diterima di akhirat kelak,” katanya.

Jelasnya, pintu taubat sentiasa terbuka kerana Allah sentiasa menerima taubat daripada hambanya yang ikhlas memohon pengampunan daripada-Nya.

No comments: