Pages

Wednesday, October 20, 2010

PM Turki enggan temui Netanyahu




2010/10/20

ATHENS: Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan, berkata beliau tidak akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan tidak akan menghadiri persidangan perubahan iklim di Athens jika pemimpin rejim Yahudi itu menghadirinya. 

Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan dengan Israel kini menjadi pengkritik keras rejim Zionis selepas sembilan aktivis pro-Palestin terbunuh dalam serbuan komando Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza Mei lalu.“Saya tidak bersedia mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri yang berbangga dengan campur tangan ketenteraan,” kata Erdogan kepada stesen televisyen Greece, Ski TV, semalam. – Reuters

No comments: