Pages

Wednesday, October 20, 2010

Lapan mati apabila kumpulan bersenjata serang majlis di Mexico




CIUDAD JUAREZ (Mexico): Sekumpulan orang bersenjata menyerbu masuk ke satu 'majlis peribadi' di bandar Ciudad Juarez, lewat Ahad lalu.
Mereka kemudian melepaskan tembakan secara rambang dengan pistol dan senapang penggempur menyebabkan lapan orang terkorban, termasuk enam anggota sebuah keluarga, kata para pegawai keselamatan kelmarin.Empat mangsa mati di tempat kejadian, manakala dua lagi mati di hospital.Dua orang lain cuba melarikan diri tetapi diburu oleh kumpulan samseng itu dan ditembak mati dekat lapangan terbang, kata polis mengenai pembunuhan pada lewat Ahad lalu itu.Dua daripada mangsa tersebut wanita, kata polis.Sembilan orang lain ditembak mati dalam serangan ber- asingan sepanjang 24 jam lalu di Ciudad Juarez, bandar yang terletak di sempadan Mexico, bertentangan dengan El Paso, Texas, Amerika Syarikat, di seberang sungai Rio Grande, kata polis.Seramai 6,500 penduduk mati di Ciudad Juarez sepanjang tiga tahun lalu akibat pertempuran antara geng pengedar dadah Juarez dan Sinaloa berhubung laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika.Lebih 28,000 orang mati di serata Mexico disebabkan ke- ganasan yang ada kaitan dengan dadah sejak pemerintah melancarkan operasi melibatkan 5,000 askar pada Disember 2006. -- AFP.

No comments: