Pages

Wednesday, October 20, 2010

Gadis Siam pembuka botol



BEBERAPA GRO Thailand ditahan penguat kuasa Imigresen dalam satu serbuan di Kelantan baru-baru ini.


TUMPAT - Gadis berahi pembuka botol arak. Itulah gelaran popular kepada pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) warga asing yang berkhidmat di berpuluh-puluh restoran Thai yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di daerah ini.
Kebanyakan GRO itu tidak dibayar gaji oleh pengusaha restoran terbabit sebaliknya mereka diberi upah mengikut jumlah botol minuman keras yang dibuka ketika melayani pelanggan.
Upah bagi setiap botol arak yang dibuka ialah RM2.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Boon Hai berkata, Tumpat kini popular dengan kehadiran GRO Thailand yang bekerja di restoran-restoran.
Katanya, GRO mengghairahkan itu akan memujuk pelanggan supaya menempah arak yang banyak untuk mendapat upah lumayan.
"Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras sekurang-kurangnya 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO," ceritanya.
Menurut beliau, GRO yang berpakaian seksi itu akan memberi layanan istimewa bagi mendapat tips antara RM50 dan RM100.
"GRO itu turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 semalam dan akan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel murah di sini," kata beliau.
Boon Hai memberitahu, secara purata, setiap GRO boleh memperoleh pendapatan antara RM500 dan RM1,000 satu malam.

No comments: