Pages

Wednesday, October 20, 2010

Ganja RM1.04 bilion dirampas



BEBERAPA anggota polis mengawal sejumlah bungkusan ganja yang dirampas di bandar Tijuana, Mexico kelmarin.


TIJUANA, Mexico - Pihak berkuasa Mexico kelmarin menyatakan sebanyak 105 tan ganja bernilai AS$335 juta (RM1.04 bilion) dirampas di bandar Tijuana selepas satu pertempuran berlaku dengan para penyeludup dadah.
Askar-askar dan polis merampas lebih 10,000 bungkusan ganja dalam operasi yang diadakan di sempadan Amerika Syarikat.
Menurut seorang pegawai tentera, Jeneral Alfonso Duarte Mujica, bungkusan ganja itu dirampas dalam serbuan menjelang subuh di tiga kawasan perumahan selepas polis menangkap 11 orang dalam satu pertempuran.
Rampasan itu adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun setelah berlakunya peningkatan usaha bagi memerangi kumpulan-kumpulan dadah yang menyebabkan 28,000 orang terbunuh.
Apa yang lebih menarik ialah beberapa bungkusan ganja itu mengandungi sekeping kertas yang mempunyai gambar watak siri kartun popular, Simpson, Homer.
Kertas yang menampilkan wajah Simpson itu mempunyai ayat dalam bahasa Mexico bermaksud watak itu akan berkhayal. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

No comments: