Pages

Friday, October 8, 2010

Najis manusia bertaburan di ladang ternakan




IAN CLEGG menemui tuala wanita dan najis manusia di ladang miliknya di Brooklands, Britain pada Selasa lalu.


NORHAMPTON - Seorang penternak diarah oleh pihak berkuasa haiwan membakar tanaman bernilai £8,000 (RM39,406) di ladang ternakannya di Brooklands, Britain selepas bahan buangan manusia bertaburan di tanah miliknya itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Penternak itu, Ian Clegg percaya bahan buangan manusia itu seperti tuala wanita yang terdapat di ladangnya terjatuh dari sebuah pesawat.
"Saya pergi untuk mengawasi ternakan dengan seorang anak lelaki saya pada Selasa lalu dan kami menemui najis manusia itu bertaburan di kawasan seluas 10.11 hektar," katanya.
Menurutnya, bahan buangan manusia itu bertaburan di ladang yang menjadi tempat haiwan ternakannya meragut rumput.
Clegg berkata, semua haiwan ternakannya diarahkan diperiksa oleh doktor haiwan.
"Kami diberitahu oleh Agensi Alam Sekitar bahawa ladang ini tidak boleh digunakan lagi sehingga musim bunga depan.
Beberapa pegawai dari agensi itu melawat ladangnya kelmarin dan mereka berasa bimbang pencemaran itu mungkin menjejaskan sebatang sungai dekat ladang tersebut di Northamptonshire.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan, Richard Taylor mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mencari pesawat yang terbang di atas ladang Clegg.
"Saya perlu menegaskan bahawa pesawat tidak sepatutnya mengepam keluar najis semasa pesawat berada di udara," katanya. - Agensi

No comments: