Pages

Thursday, October 7, 2010

Bunuh empat budak: Lelaki Indonesia dihukum penjara seumur hidup




PEMBUNUH KEJAM: Baekuni digiring pegawai keselamatan selepas dijatuhi hukuman di mahkamah di Jakarta, semalam. -- Foto AP


JAKARTA: Seorang lelaki semalam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh empat budak lelaki, termasuk seorang mangsa yang dirogol dan anggota badannya dikerat.
Mahkamah Daerah Jakarta mendapati, Baekuni, 49 tahun, bersalah atas pembunuhan bersiri yang dilakukan antara Julai 2007 dengan Januari tahun ini.Ketua Hakim Mahfud Saefullah menyifatkan Baekuni, seorang penjual rokok, sebagai seorang pembunuh yang kejam.Dia dikatakan berkawan dengan kanak-kanak jalanan sebelum merogol dan membunuh mereka di rumahnya di Jakarta Timur.'Pesalah didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan terancang dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.'Tindakannya keji, tindakannya kejam dan dia menyebabkan penderitaan kepada para ibu bapa,' kata Hakim Mahfud.Baekuni hanya menundukkan kepalanya apabila hukuman itu diumumkan.'Saya menerima hukuman ini. Saya rasa lega,' kata Baekuni kepada wartawan.Menyusuli tangkapannya pada Januari lalu, Baekuni mengaku telah membunuh seramai 14 kanak-kanak.Pihak pendakwa raya berkata mereka tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai Baekuni.Namun, mereka hanya menjumpai cukup bukti untuk mendakwa Baekuni atas empat pembunuhan berkenaan.Mahkamah mendapati bahawa Baekuni merogol mangsa terakhirnya, seorang kanak-kanak bernama Ardiansyah, sembilan tahun, sebelum membunuhnya.Anggota badan Ardiansyah dikerat dan dibuang ke dalam tali air berdekatan dan di bawah sebuah jambatan.Maklumat daripada orang awam telah membantu polis mengesan mayat kanak-kanak itu.Hukuman yang dikenakan ke atas Baekuni adalah lebih ringan daripada hukuman mati yang dituntut oleh pihak pendakwa raya.Pembunuhan bersiri itu telah mengejutkan rakyat Indonesia dan mencetuskan perdebatan berkaitan nasib ramai kanak-kanak yang terdedah kepada penganiayaan. -- AFP.

No comments: