Pages

Saturday, October 30, 2010

Ibu bunuh anak yang mengganggunya guna Facebook






JACKSONVILLE - Seorang ibu di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengaku salah menggoncang bayinya sehingga mati kerana marahkan anak kecil itu mengganggunya bermain permainan ladang siber,Farmville di Facebook, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Akhbar Florida Times-Unionmelaporkan ibu itu, Alexandra V. Tobias, 22 (gambar), mengaku bersalah di hadapan Hakim Adrian Soud pada Rabu lalu kerana membunuh bayinya yang baru berusia tiga bulan, Dylan Lee Edmondson.
Tobias kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Akhbar berkenaan menyatakan, mahkamah itu akan menetapkan hukuman pada Disember depan.
Akhbar Florida Times-Union menyatakan, Tobias memberitahu beberapa detektif dia menghisap sebatang rokok sebelum menggoncang semula anaknya itu.
Kepala anak kecil itu mungkin terhantuk semasa insiden tersebut.
Permainan Farmville dikeluarkan oleh firma Zynga.
Firma itu yang mendakwa 230 juta orang bermain permainan Internet keluarannya termasuk Mafia Wars," Treasure Isle, Zynga Poker, Cafe World, FishVille dan PetVille. - AFP

1 comment:

Anonymous said...

Hi I am so thrilled I found your web site, I really found you by
accident, while I was searching on Aol for something else,
Regardless I am here now and would just like to say thank you for a incredible post and a all
round interesting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to look over it
all at the moment but I have bookmarked it and also added your RSS feeds,
so when I have time I will be back to read much more, Please
do keep up the great b.
Here is my site - online casino canada