Pages

Saturday, October 30, 2010

kes curi enjin TUDM: Mahkamah tolak permohonan panggil dua pegawai



SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan pembe:laan kes curi enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyoal balas dua pegawai berhubung dakwaan menyeksa bekas Sarjan N Tharmendran yang dituduh bersubahat mencuri enjin itu. 

Awal Oktober lalu, Thamendran diwakili peguam Latheefa Koya mengemukakan notis usul memohon untuk menyoal balas dua pegawai berpangkat Mejar, Pegawai Staf 1 Siasatan di Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM, Mejar Ismail Omar dan Pegawai Staf 2, Mejar Norazan Md Amin yang didakwa melakukan penyeksaan semasa mahu mendapatkan pengakuan daripadanya. 

Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad memutuskan adalah tidak relevan untuk memanggil dua pegawai itu memandangkan kes ini di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Tharmendran, 42, dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008. 

Dalam permohonannya membatalkan pertuduhan terhadapnya, Tharmendran memfailkan afidavit terhadap dua pegawai itu atas dakwaan diseksa dan dakwaan itu disokong oleh rakannya, Intan Yusof, 46, yang mendakwa melihat kejadian seorang tahanan diseksa semasa melawatnya di penjara. 

Kedua-dua Mejar itu menafikan dakwaan menerusi afidavit masing-masing. 

Asmabi menetapkan 25 November ini untuk mendengar permohonan bekas Sarjan itu bagi membatalkan tuduhan terhadapnya. 

Pada prosiding semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof.

No comments: