2010/10/30
MUKA depan majalah Vanity Fair yang memaparkan gambar Monica Belluci dan Leonie.
ROME: Aktres terkenal Itali, Monica Bellucci, tidak memakai seurat benang ketika merakam gambar bersama anak keduanya untuk majalah Vanity Fair pada usia 46 tahun.
Ibu dua anak itu mengendong anaknya yang berusia lima bulan, Leonie. Foto itu bertujuan mempromosi buku bertajuk The Passion of the Christ iaitu koleksi gambar beliau sejak 20 tahun lalu.“Ada gambar berkenaan yang menunjukkan saya dalam keadaan sedih pada waktu tertentu. Mungkin saya kelihatan puas tetapi sebenarnya sedih.” Anak pertama Bellucci bernama Deva.
Ditanya mengenai perasaannya bergambar bersama Leonie, Bellucci berkata: “Seperti buah pear yang masak dan matang. Sungguh manis dan sedap.”
Mengulas gambar bogel dalam buku itu, beliau berkata: “Saya yang memilihnya. Saya tidak mahu aksi seperti model semata-mata untuk publisiti. Saya mahu tunjukkan ekspresi badan.”
Hasil jualan buku berkenaan akan disumbangkan kepada dua badan kebajikan yang disokong Bellucci iaitu sebuah pergerakan membantu kanak-kanak yang menghidap barah dan sebuah badan bantuan di Perancis yang membantu wanita bermasalah, lapor akhbar.
“Saya tidak mempunyai bentuk badan seperti model. Saya memang tinggi tetapi tidaklah tinggi sangat. Mungkin badan menggiurkan tetapi saya tidak berdiet.
“Beraksi untuk jurugambar atau berlakon hanya boleh dilakukan dengan baik jika anda tidak takut melakukannya,” katanya.
Bellucci yang berkahwin dengan aktor Perancis, Vincent Cassel, menyifatkan buku bergambar itu suatu ‘idea lama tetapi sesuatu yang sudah lama dicadangkan.’
Ini kali ketiga Bellucci menghiasi muka depan majalah Vanity Fair edisi Itali. Kali kedua awal tahun ini sewaktu kehamilannya dan pertama kali, enam tahun lalu. – Agensi
No comments:
Post a Comment