Pages

Monday, October 25, 2010

Lapangan angkasa pertama



NEW MEXICO - Industri pelancongan angkasa lepas semakin hampir menjadi realiti selepas sebuah landasan baru dibina di lapangan kapal angkasa pertama dunia di New Mexico, Amerika Syarikat. 

Pemilik syarikat penerbangan di Britain, Richard Branson merasmikan pembukaan landasan sepanjang 3.2 kilometer itu di Lapangan Angkasa Amerika, Jumaat lalu. 

Branson mengumumkan pembukaan landasan itu menandakan 'permulaan era angkasa kedua' semasa majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Gabenor New Mexico, Bill Richardson. 

"Saya bangga menjadi penyokong industri ini. Mungkin selepas ini syarikat saya akan menawarkan penerbangan harian ke angkasa lepas," katanya. 

Kapal angkasa dengan enam tempat duduk, SpaceShipTwo, dijadual akan mula membawa penumpang yang telah membayar harga tiket sebanyak AS$200,000 (RM620,000) seorang ke angkasa lepas, bermula pada 2012. 

Kapal sepanjang 18 meter itu mempunyai kabin dengan saiz yang sama seperti jet eksekutif Falcon 900 bagi memberikan ruang maksimum kepada angkasawan untuk terapung dalam keadaan tanpa graviti.

No comments: