LONDON - Sang lelaki mengaku dia mempunyai muka yang 'membuat bayi menangis', tetapi teman wanitanya menganggap lelaki itu sebagai 'putera kacak saya', dan pasangan kekasih itu akan berkahwin dalam masa beberapa bulan. Tom Clifford dan Janine Walker menjadi pasangan pertama yang bertunang selepas cinta mereka berputik apabila menemui satu sama lain melalui laman sesawang temu janji khas bagi orang hodoh di Britain. Pasangan itu berjumpa kurang sebulan lalu di laman temu janji bagi individu yang 'kurang nilai estetika' di www.theuglybugball.com. Selepas empat kali keluar untuk temu janji - dan minat yang sama terhadap makanan ringan dan makan malam di hadapan televisyen - Clifford dan Walker mengikat tali pertunangan, minggu ini dan merancang untuk berkahwin, Disember depan. Jurucakap laman itu berkata, pertunangan pertama itu adalah sesuatu yang mengembirakan dan laman itu akan memberikan pakej percutian kepada pasangan itu sebagai hadiah perkahwinan. |
Saturday, October 30, 2010
Pasangan 'hodoh' akan berkahwin
Labels:
hodoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment