Dokumen dari tahun 2004 hingga 2009 itu menggambarkan perkara sebenar yang berlaku terutama penyeksaan ke atas rakyat Iraq oleh pasukan keselamatan negara itu sendiri.
"Pendedahan ini adalah mengenai kebenaran. Serangan ke atas kebenaran oleh perang bermula sebelum ia bermula dan berterusan lama selepas perang tamat," kata Assange pada satu sidang akhbar di London.
Katanya, WikiLeaks berharap 'dapat membetulkan beberapa serangan ke atas kebenaran' dan mendakwa terdapat tambahan 15,000 kematian orang awam berbanding jumlah yang diketahui.
Dokumen yang disiar menunjukkan perang itu menyaksikan 'pertumpahan darah di mana-mana'.
Washington dan London memberi amaran pendedahan dokumen itu akan membahayakan nyawa tentera bersekutu dan orang awam Iraq, walaupun Kementerian Hak Asasi Iraq menyatakan ia 'tidak mengandungi sebarang kejutan'.
Dalam pengumuman yang mungkin meningkatkan kebimbangan AS, jurucakap Wikileaks, Kristinn Hrafnsson menyatakan laman web itu akan mendedahkan 15,000 lagi fail sulit tentang perang di Afghanistan yang sebelum ini ditahan untuk penilaian semula dan penerbitan.
Wikileaks mencetus kemarahan Washington apabila menyiarkan 92,000 dokumen mengenai perang di Afghanistan pada Julai lalu serta dikritik kumpulan hak asasi yang menyifatkan pendedahan itu membahayakan nyawa pemberi maklumat tempatan.
Fail yang disiarkan Jumaat lalu mengandungi grafik penyeksaan dan pembunuhan orang awam serta campur tangan Iran dalam Perang Iraq. - AFP
No comments:
Post a Comment