Pages

Monday, October 25, 2010

Pramugara milik koleksi 1,760 sudu




DIETER KAPSCH bersama 1,760 koleksi sudunya.


LONDON - Seorang pramugara warga Austria, Dieter Kapsch mempunyai koleksi 1,760 sudu dari 447 pesawat penerbangan, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menjelaskan hobinya itu bermula semasa dia bercuti bersama saudara perempuannya, Gunda ke Sepanyol.
Semasa bercuti, Kapsch berkata, saudara perempuannya menyatakan adalah lebih baik untuk memiliki sebatang sudu semasa dalam percutian.
"Selepas pulang ke rumah, dia (saudara perempuannya) meninggalkan sebatang sudu dan saya menggunakannya di dapur dan saya menyukainya.
"Sudu tersebut membuatkan saya selalu mengingati cuti yang menyeronokkan itu," katanya.
Pramugara itu menyatakan sejak itu, dia memutuskan untuk menyimpan sudu dari setiap penerbangan.
Salah satu daripada sudu tertua dimilikinya ialah dari Syarikat penerbangan Imperial Airways yang beroperasi dari 1924 hingga 1939.
"Rakan-rakan saya meminati koleksi saya dan mereka memberikan sokongan.
"Saya berharap akan terdapat sudu yang akan datang lagi (diperolehnya)," kata pramugara itu. - Agensi

No comments: