Pages

Monday, October 25, 2010

Rooney batal sambutan hari jadi RM439,757




WAYNE Rooney dan isterinya di sebuah lapangan terbang di Manchester kelmarin.


LONDON – Bintang bola sepak kelab Manchester United (MU), Wayne Rooney dan isterinya berlepas secara senyap-senyap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor sebuah akhbar semalam.
Rooney turut membatalkan sambutan hari lahirnya yang ke-25 yang melibatkan kos sebanyak £90,000 (RM439,757) walaupun tempahan ribuan makanan dan minuman telah dibuat.
Khemah besar yang didirikan di rumah mereka bernilai £4.5 juta (RM21.98 juta) di Cheshire untuk sambutan hari jadi tidak akan digunakan kerana mereka bercuti selama lima hari.
Rooney bercuti dengan kos sebanyak £10,000 (RM48,861) ke Dubai selepas dia hampir meninggalkan MU untuk berhijrah ke kelab Manchester City.
Namun, Rooney membuat keputusan untuk kekal bersama MU kelmarin.
Semasa desas-desus dia mahu meninggalkan kelab MU, para peminat fanatiknya marah sehingga Rooney menerima ancaman bunuh.
Rooney yang kemudian berubah fikiran menandatangani kontrak baru dengan MU pada Sabtu lalu dengan pendapatannya meningkat kepada £200,000 (RM977,238) seminggu.
Kontrak itu menyebabkan dia menjadi pemain bola sepak yang mempunyai pendapatan paling tinggi dalam sejarah.
Rooney turut meminta maaf kepada rakan-rakan sepasukan dan peminatnya ekoran kekalutan yang berlaku sebelum ini.
Pemain itu yang ketika ini cedera telah meminta kebenaran daripada pengurus MU, Sir Alex Ferguson untuk bercuti.
Rooney dan isterinya, Coleen sebelum ini bercuti ke Prague sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan mereka yang retak akibat pendedahan media mengenai skandal bintang MU itu.
Beberapa minggu lalu, seorang pelacur, Jennifer Thompson mendakwa dia dibayar £1,200 (RM5,863) untuk melakukan hubungan seks dengan Rooney semasa isterinya sedang hamil lima bulan.
Pendedahan itu menyebabkan hubungan antara Rooney dengan Coleen retak sebelum bintang MU itu diberikan peluang kedua untuk hidup bersama oleh isterinya.
Pasangan itu dipercayai akan tinggal di Hotel Burj Al Arab yang menawarkan bilik penginapan pada harga £1,200 (RM5,863) satu malam.
Hotel itu pernah didiami oleh rakan sepasukan Rooney dalam skuad England, John Terry bersama isterinya, Toni selepas rumah tangga mereka retak akibat skandal Terry dengan seorang wanita, Vanessa Perroncel. – Agensi

No comments: