Hanru van Niekerk dari Afrika Selatan mempunyai tanda lahir nombor 12 pada dahinya. AGENSI
CAPE TOWN 27 Mac - Doktor di Afrika Selatan dilapor bingung dengan penemuan tanda lahir yang tertera nombor 12 pada dahi seorang bayi lelaki berumur empat bulan di Johannesburg.
Tanda lahir nombor 12 itu tertera dengan jelas pada dahi Hanru van Niekerk, meskipun dia dilahirkan pada 11 November tahun lalu, sekali gus mengandaikan bayi itu merancang untuk keluar dari rahim ibunya 24 jam kemudian.
Keluarga Van Niekerk, bagaimanapun gagal untuk mengesan tanda lahir itu sebelum perkara itu disedari kakak kepada bayi itu, tidak lama selepas bayi itu dilahirkan, sebagaimana lapor portal Mirror.co.uk
“Anak perempuan bongsu saya, merupakan individu pertama yang melihat tanda lahir itu dan memaklumkan kepada kami terdapat nombor satu dan dua pada dahi bayi saya.
“Kami bagaimanapun tidak risaukan tentang tanda lahir itu kerana doktor yang merawatnya menyakinkan tanda itu akan hilang apabila bayi itu meningkat dewasa,’’ kata nenek bayi itu, Catherine Jooste, 70 tahun.
Sementara itu, pakar Dermatologi, Patrice Hyde memberitahu pemberita bahawa bayi boleh mempunyai tanda lahir sebelum atau sejurus kelahirannya.
“Hemangioma adalah sekumpulan saluran darah kecil yang tumbuh di beberapa kawasan tertentu pada kulit yang mengakibatkan kulit kelihatan berwarna merah atau ungu, manakala saluran darah adalah saluran kecil yang membawa darah ke seluruh badan.
“Tidak ada siapa yang tahu apa yang mengakibatkan saluran darah membentuk, namun adalah baik untuk mengetahui bahawa kebanyakan tanda lahir bukanlah petanda sakit dan biasanya tidak menyakitkan,’’ katanya, sambil menambah kata, kebanyakan tanda lahir akan hilang sendiri atau melalui rawatan tertentu.
No comments:
Post a Comment