BAITULMAQDIS - Tentera Israel dilaporkan menyoal siasat seorang pegawai tinggi tentera yang didakwa meluluskan serangan udara yang membunuh 22 ahli sebuah keluarga semasa perang Gaza pada 2008-2009. Kolonel Ilan Malka yang mengetuai salah satu unit tentera semasa perang itu didakwa membenarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah bangunan di kawasan kejiranan Zaitun, di Bandar Gaza. Serangan kejam itu membunuh 22 ahli keluarga Samuni, dengan 10 daripada mangsa adalah kanak-kanak, pada 5 Januari tahun lalu. Pembunuhan itu digambarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai 'paling berdarah' sepanjang operasi serangan Israel ke atas Gaza bermula pada Disember 2008 hingga Januari 2009. Menurut sumber, tentera rejim turut menyoal siasat beberapa pegawai tentera udara yang mendakwa telah memberi amaran awal kepada Malka mengenai kewujudan orang awam di kawasan serangan itu, dakwaan yang ditolak oleh kolonel tersebut. Siasatan mengenai pembunuhan orang awam itu dimulakan beberapa minggu lalu oleh mahkamah tentera, iaitu langkah yang ditentang oleh bakal ketua tentera Israel, Yoav Galant. Hampir 1,400 rakyat Palestin dan 13 penduduk Israel terbunuh semasa peperangan selama 22 hari itu yang dilancarkan atas alasan untuk menghentikan serangan peluru berpandu dari Genting Gaza. |
Monday, October 25, 2010
Ketua tentera disoal
Labels:
israel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment