Pages

Monday, March 29, 2010

Surat cinta isteri Napoleon dilelong RM385,991



FONTAINBLEAU, Perancis 28 Mac - Surat-surat daripada isteri pertama Napoleon Bonaparte, Josephine kepada wira negara Perancis itu telah meraih keuntungan, termasuk sekeping suratnya yang mengaut keuntungan hampir 87,000 euro (RM385,991).
"Ini merupakan kejayaan yang sebenar," menurut jurulelong, Jean-Pierre Osenat selepas lelongan kira-kira 50 keping surat yang ditulis oleh Josephine kepada suaminya termasuk 400 dokumen berkaitan Revolusi Perancis pada 1789 dan peraturan Napoleon.
"Ini mengesahkan bahawa semua negara di dunia ini sangat berminat dengan Josephine," katanya selain menambah kata bahawa para pembida merangkumi individu-individu warga Amerika, Britain, Jerman, Rusia dan Switzerland.
Menurutnya, lelongan yang diadakan di Fontainebleau, selatan Paris itu berjaya meraih jumlah yang tinggi melebihi jangkaan iaitu pada 700,000 euro (RM3.1 juta).
Surat Josephine kepada anak lelakinya yang menceritakan mengenai pelepasan jawatan oleh bekas suaminya pada 6 April 1814 selepas digulingkan oleh kerajaan campuran berjaya dijual dengan harga 86,745 euro (RM384,859).
Harga itu melangkaui bidaan untuk sekeping surat cinta yang ditulisnya pada 1796 yang menyebut: "Suami saya tidak mencintai, tetapi dia memuja saya, saya percaya dia boleh jadi gila,"
Menurut Osenat, surat yang paling magis dan menarik itu telah dibeli pada harga yang sangat tinggi.
"Kenapa? Kerana ia adalah sejarah. Sebuah epik yang menggegarkan seluruh dunia selama 15 tahun," katanya.
Dilahirkan di Martinique pada 1763, Marie-Josephe-Rose de Tascher de la Pagerie atau Josephine, berkahwin dengan Alexandre de Beauharnais dan mempunyai dua anak hasil perkahwinannya itu sebelum bercerai pada 1785.
Dia kemudiannya bertemu dengan Napoleon semasa bertugas sebagai pegawai muda dan berjaya menambat hatinya.
Napoleon kemudiannya menukarkan nama wanita tersebut kepada Josephine dan berkahwin dengannya pada 1796. - AFP

1 comment:

Anonymous said...

READ/LEARN - Take the time out to read an eBook that you purchased but just haven't had the chance to get to Feel the joy of the finish line!6 We make a living by what we get, but we make a life by what we give
That will leave you unfulfilled Whether you're considering a gift of pearl jewelry for someone special or as a treat for yourself, take some time to learn the terms used in the industry Afterall, if it never breaks maybe the prevention was never required - who can tell

[url=http://ravensofficialnflshop.com/]Torrey Smith Jersey[/url]
[url=http://www.seahawksnflprostore.com/]Russell Wilson Jersey[/url]

The priest should seek recourse to all available tools and techniques in his planning and decision-making Unlike humans, who use a variety of political processes to determine leadership and rank, dogs sort out their social order by dominance and powerWhen events happen the information is received through our sensory perception organs: eyes, ears, nose, and touch

[url=http://www.texansfootballshop.com/]Arian Foster Authentic Jersey[/url]