Pages

Monday, March 29, 2010

Pelesit

Suatu petang lebih kurang waktu selepas asar aku  bersembang dengan mak dan adik-adikku di dapur. Selang sebuah rumah dibelakang rumah ku rumah Pak Andak Mat ada kenduri kahwin
Ana anaknya yang bongsu. Sedang kami asyik bersembang tiba-tiba Milah kakak kepada Ana berlari
dipadang sebelah dapur rumah saya sambil dikejar oleh beberapa orang kampung ada yang membawa penyapu. .Mak saya berkata ' Apa kena
pula dengan Milah tu cuba hangpa pi tengok". Kami dua tiga beradik pun berlari mengejar Milah bersama-sama dengan orang kampung. Aku bertanya pada Kak Izah yang yang turut serta berjalan mengikuti Milah " Apa kena dengan Milah Kak Izah?'. Kak Izah kata
 Milah dah dirasuk pelesit" Sambil berjalan mengikuti Milah yang menjerit mak! mak! nak balik!nak balik! aku tanya lagi Kak Izah macam mana boleh jadi lagu ni?." Kak Izah kata tadi Milah tertidur sekejap lepas itu dia bangun terus
menjerit mak! mak!nak! nak balik!.mungkin pelesit itu telah masuk kedalam badan Milah sewaktu dia sedang  tidur tadi.
 Dalam perjalanan mengikuti Milah itu, kami bejumpa dengan seorang perempuan tua yang menaiki basikal roda tiga menghala kearah kami.Yang mengayuh basikal itu aku kenal Ali namanya. Selepas ternampak perempuan tua itu Milah terus
menerpa kearah perempuan sambil menjerit Mak! Mak!. Perempuan tua itu menolak Milah jauh darinya. Orang kampung yang kenal perempuan itu
berkata ' Ambil balik anak hang kami cuma mahu Milah balik!.Perempuan tua itu marah- marah tapi
orang kampung termasuk Kak Izah suruh perempuan tua itu ambil balik anak (pelesit) dia itu saja.
Selepas itu perempuan tua itu terus pergi meninggalkan kami dan Milah.Selepas itu Milah berjalan kaki balik
diikuti oleh orang kampung. rupanya Milah belum sembuh lagi dia masih meracau-racau mak! mak1 nak lagi dan terus berteriak balik!nak balik! kami berserta orang kampung beramai-ramai ikut Milah lagi berpatah balik sampai kehujung kampung iaitu
dikawasan kebun getah. Disitu ada sebuah rumah ditengah-tengah kebun getah itu.Waktu kami sampai disitu hari sudah senja sudah masuk wahtu maghrib dan sudah gelap. Milah berjalan kaki ayam saja tanpa kasut menghala kerumah itu yang terang benderang dengan lampu beranda yang telah siap menyala.
Diberanda rumah itu perempuan tua tadi dan anak-anaknya sudah siap menunggu diatas beranda rumahnya.Dia berkata pada Milah mai naik! mai naik!. Milah pun terus naik tangga beranda rumah itu.Tiba-tiba perempuan tua itu
mengeluarkan parang yang disembunyikan dibelakangnya dan dihayunkan  kearah kepala Milah.Tetapi telah dihalang oleh anak
nya sendiri.Anaknya minta perempuan tua  itu ambil balik pelesit yang merasuk Milah itu tapi tak diendahkan malah terus marah-marah pada orang kampung yang kononnya memfitnah ia membela pelesit.bermacam-macam cerita lama keluar dari mulutnya
Kerana bomoh inilah dia dihalau dahulu sambil menuding jari kearah bomoh Toh Asin kebetulan baru sampai
dengan menaiki basikal tua.Mereka berdua terus bertikam lidah. Tok Asin menafikan dan berkata orang suruh dia datang  untuk tengok Milah.
. Akhir sekali kami bawa Milah balik kerumah bapanya yang sepatutnya kenduri
dan malamnya ada persandingan turut dibatalkan. Milah masih lagi menjerit-jerit mak! mak! nak balik! nak balik!
macam-macam bomoh,ustaz dipnggil untuk mengubati Milah.sampailah lewat malam masih tak dapat
memulihkan Milah .Aku lihat dari atas beranda rumah kak Izah dan beberapa orang perempuan memegang
Milah yang meronta-ronta minta dilepaskan.Ada yang pegang kaki ada yang pegang paha menangkap sesuatu
mungkin pelesit.Kak Izah menangkap sesuatu dibawah paha Milah sambil berkata dah dapat! dah dapat!
kemudian hilang. begitulah beberapa kali bertungkus lumus hendak menangkap pelesit itu.Akhirnya aku sendiripun dah tak tahan lagi akupun balik dalam keletihan dan mengantuk.Mana tak letih jalan kaki ikut Milah tadi lebihkurang tiga kilometer lalu tiga kampung dari lepas  asar sampai isyak.Besok paginya aku lihat Milah bejalan
kaki lalu depan rumah aku. Aku tanya dia apa dah jadi malam tadi dia cakap dia tak tahu
apa-apa dan tak ingat ingat apa - apa. Sambil tersenyum Milah berlalu pergi.Begitulah ceritanya pengalaman
aku sendiri melihat orang kena rasuk dengan pelesit.Kisah ini berlaku sewaktu aku masih lagi disekolah menengah iaitu sekitar tahu lapan puluhan. Aku sengaja tidak menceritakan nama tempat- tempat kejadian ini berlaku. tujuan aku menceritakan kisah ini hanyalah saebagai pengajaran dan iktibar sahaja, tidak ada tujuan menceritakan keburukan seseorang.     wallahu aklam

No comments: