Pages

Monday, March 29, 2010

Di mana titik perbezaan kita dan golongan Syi’ah?

Saya tidak berhajat untuk memperbesarkan jurang
perbezaan antara kita dengan Syiah tetapi perbincangan
melampau di dalam islah-net (pada bulan Julai 2005) ini
memanggil saya untuk menyelitkan sedikit komentar serba
ringkas mengenai Syi'ah dari perspektif siri Back to Basics ini.


Kita perlu melihat bahawa perbezaan yang besar terjadi
dengan golongan syi'ah ialah akibat berbezanya kita
dalam menilai sumber. Kebanyakan nas yang mereka
dijadikan alasan oleh golongan syi’ah bagi membina
mazhab atau pegangan mereka lahir dari sumber yang
jelas tidak kukuh, tidak sahih berdasarkan kacamata
kita. Perbezaan sumber dan pendekatan sumber membawa
kepada world-view dan bentuk amalan yang berbeza.

Dari segi kaedah pengambilan hukum, golongan Syiah
menggunakan kaedah songsang. Mereka bermula dengan
membina satu kerangka pandangan, pemikiran dan aliran
yang diasaskan di atas motif dan sumber-sumber mereka
sendiri. Kemudian mereka memilih hujjah yang sesuai
dari kitab sahih kita untuk ‘justify’ pegangan mereka.


Misalnya mereka melihat imam-imam mereka sebagai
ma'sum, himpunan 'hadis-hadis' oleh ulama mereka
sebagai lebih tinggi martabatnya daripada himpunan
hadis-hadis sahih yang berenam (sihah sittah) dan
sebahagian sahabah yang meriwayatkan hadis dalam
Kitab-kitab sihah sittah sebagai 'menyeleweng' dan
‘kafir’ (astaghfirullah). Pandangan mereka yang
sedemikian lantas menjadikan hadis yang diriwayatkan
oleh sahabat-sahabat besar ini sebagai tidak sah dalam
sistem usul fiqh mereka.

Dari fahaman politik mereka, mereka membenci beberapa
orang sahabat, semuanya dengan motif politik; Aishah
(r.a), Abu Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar
(r.a) mempunyai kedudukan yang terkutuk di sisi
mereka, dengan sebab-sebab yang kita boleh fahami.

Oleh itu, mereka mengumpulkan himpunan ‘hadis’ lain
yang dijadikan sumber rujukan utama yang boleh
menegakkan motif politik mereka. Himpunan kata-kata
oleh (kononnya) Saidina Ali (r.a.) dan imam-imam
mereka yang lain diletakkan sebagai sumber rujukan
sekunder yang penting dalam pegangan mereka.

Himpunan-himpunan ini tidak menepati kriteria ‘sahih’
yang dipersetujui oleh ulama-ulama hadis dari kalangan
ahlus-sunnah. Sumber sedemikian bercanggah dengan
prinsip-prinsip 'kekukuhan sumber' yang telah saya
utarakan dalam bab-bab sebelum ini dalam siri ini.

Nah, daripada sumber-sumber inilah mereka membina
aliran, mazhab atau kerangka pemikiran mereka. Dari
situ lahir cerita-ceriti sejarah yang pelik,
kisah-kisah umpama hikayat penglipur-lara. Bagi kita
yang mementingkan kesahihan sumber, kisah sebegini
hanya layak dibakul-sampahkan!

Tetapi Syiah mengutip kisah-kisah ini, menokok-tambah
apa yang perlu dan kemudian memberikan kredibiliti
dengan memberikan nama-nama kitab yang sedap disebut,
memberikan title dan gelaran yang hebat-hebat kepada
penglipur-lara berkenaan.

Daripada sumber-sumber karut ini lahirlah pandangan
mengenai sejarah awal kehidupan para sahabah yang
berbeza daripada apa yang kita biasa fahami daripada
kitab-kitab hadis sahih kita. Dari himpunan ‘hadis’
mereka perjalanan hidup beberapa sahabah bertukar
menjadi 180 darjah!

Berdasarkan kerangka pemikiran ini, mereka ini datang
melihat pula apa yang ada di dalam kitab-kitab hadis
sahih kita dan mengutip HANYA hadis-hadis yang boleh
dijadikan hujjah untuk fahaman karut mereka.
Hadis-hadis ini mungkin tidak sampai 1% daripada
himpunan hadis sihah sittah.

Mereka tinggalkan lebih 99% hadis sahih lain yang
memberi gambaran positif tentang Aishah (r.a), Abu
Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar (r.a).
Mereka tinggalkan lebih 99% hadis yang memberikan
hujjah yang kuat tentang kelebihan para sahabat
berkenaan, tentang pandangan Nabi terhadap mereka
secar peribadi, tentang kelayakan Abu Bakar dan Umar
terhadap kekhalifahan dan seumpamanya.

Sebaliknya mereka kutip, putar belit dan mengambil
hujjah secara out-of-context beberapa hadis sahih kita
yang walaupun qat’i dari segi thubut (kekukuhannya)
tetapi dhanni (kabur) dari segi dilalahnya. Hujjah
yang inilah yang digunakan untuk menegakkan, justify,
fahaman karut yang telah mereka bina berasaskan
kitab- kitab karut-marut mereka.

Di sini jelaslah bahawa kita dan mereka bertitik-tolak
dari sumber yang berbeza. Maka akan berbezalah juga
struktur kefahaman, pegangan dan amalan yang terbina
di atasnya.

Saya berkeyakinan kita tidak akan dapat mencapai titik
pertemuan jika berdebat dengan mereka kerana mereka
bermula dari lain, sedangkan kita bermula dari yang
lain pula. Kita Bermula Di Sini, mereka bermula di
Sana.

Oleh itu, selayaknya kita ucapkan.. Lakum Deenakum wa
Li yadeen.

No comments: