Azamin Amin |
Seandainya ada, hindari segera dan kiranya ada kaum kerabat, saudara mara dan rakan taulan memiliki keperibadian dan sifat mahkluk Allah yang sesat itu, maka nasihatilah dan cegahlah mereka, supaya mereka terselamat di dunia mahupun di akhirat kelak. Berikut cebisan yang dipetik daripada nur-addin.blogspot.com tentang biodata musuh utama umat Islam, Iblis:- Pengenalan diri Nama sebenar : Iblis Laknatullah Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status diri : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai Alamat Tetap : Neraka jahanam Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Cita-Cita Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa Sahabat karib : Anak-anak Adam Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak' Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir Tempat Operasi & Rakan setugas Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa) Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya Logo : Sebarang tatoo Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam Pengalaman & Kenangan Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak Saat mendukacitakan Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT |
Monday, March 29, 2010
Biodata Iblis, siapa di kalangan kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment