Pages

Monday, March 29, 2010

POPE MENYESAL : SIAPA NAK AMPUN DOSA POPE?


 Balas dengan kutipan
Dunia digegarkan dengan kenyataan melampau Pope Benedict yang
menggambarkan betapa bencinya ketua Kristian itu terhadap Islam.

Berbagai reaksi dunia Islam terhadap kenyataan melampau tersebut,
antaranya adalah reaksi Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyarankan umat
Islam melakukan bantahan aman pada hari jumaat, berikutan kenyataan
Pope tersebut.

Di Saudi, Muftinya iaitu As-Syaikh Abdul Aziz Ali Asyaikh telah
menggesa kepada Pope agar mendalami pengetahuannya berhubung Islam
dan Nabi Muhammad daripada sumber asli seperti al-Quran dan Sunnah
sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Islam.

KRISTIAN ADALAH AGAMA YANG DISELEWENGKAN

Kristian atau nasrani merupakan agama samawi yang telah di
selewengkan oleh golongan paderi-paderi mereka sehinggakan ajaran itu
menjadi agama yang memusuhi Islam.

Penyelewengan yang dilakukan oleh paderi-paderi mereka itu dinyatakan
oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

Ýæíá ááÐíä íßÊÈæä ÈÃíÏíåã Ëã íÞæáæä åÐÇ ãä ÚäÏ Çááå áíÔÊÑæÇ Èå ËãäÇ
ÞáíáÇ
Ýæíá áåã ããÇ ßÊÈÊ ÃíÏíåã ææíá áåã ããÇ íßÓÈæä

Maksudnya;
"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab
dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah",
(dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan
perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa
yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah
bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan"

(surah Al-Baqarah : 79)

Ayat ini di turun kepada golongan ahli kitab (yahudi dan nasrani)
yang telah menyelewengkan isi kandungan kitab-kitab mereka yang
terdahulu.

Antara penyelewengan yang dilakukan oleh mereka adalah, mereka
menyembunyikan kedatangan Nabi Muhammad SAW di akhir zaman.

Ekoran sikap mereka yang mahu menyelewengkan kedatangan Nabi akhir
zaman, maka berbagai-bagai lagi tindakan dan bidaah yang dilakukan
oleh mereka didalam kitab-kitab mereka, sehinggakan mereka sanggup
mendakwa bahawa tuhan itu ada tiga, iaitu tuhan anak, tuhan ibu dan
tuhan bapa, atau dikenali sebagai "trinity"

Walaubagaimanapun, Allah tetap menzahirkan kebenaran Islam itu dengan
menzahirkan kebatilan yang terkandung didalam kitab yang mereka
selewengkan itu.

Didalam bible, mereka ada menyatakan bahawa tuhan itu bersatu dengan
Isa yang didakwa sebagai anak tuhan.

Hal ini tersebut didalam Bible, iaitu didalam "Matius", Fasal 3 ayat
17 menyebut;

"Kemudian terdengar suara Allah berfirman, "inilah Anak-Ku yang aku
kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku[1]".

Begitujuga didalam "Lukas", fasal 4 ayat 41 menyebut;

"roh-roh jahat pun keluar daripada banyak orang, sambil
berseru, "Engkau Anak Allah![2]"

Kedua-dua "surah" ini membuktikan bahawa bible mereka mendakwa bahawa
Tuhan mempunyai anak.

Melihat kepada hujjah dari dua "surah" yang di nukilkan dari
penjanjian baru yang dikemukakan itu, sebenarnya bercanggah
dengan "surah" lain yang terkandung didalam perjanjian lama, iaitu di
dalam "ulangan" fasal 4 ayat 35 yang menyebut;

"tuhan telah melakukan sesuatu perkara itu supaya kamu tahu bahawa
dia satu-satunya Allah, dan tiada ada yang lain[3]".

Juga didalam penjanjian baru, pada "markus", fasal 12, ayat 29
menyebut;

"Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Dengarlah, hai
bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah tuhan yang Esa[4]"

Dari dua "surah" ini pula, difahami bahawa, Bible sendiri mendakwa
bahawa Tuhan itu adalah esa, iaitu tunggal, tidak dua atau tiga.

Melihat kepada empat nukilan dari bible sudah memadai kita
menghukumkan bahawa penyelewengan yang terkandung didalam bible itu
sebenarnya memang berlaku, dan benarlah firman Allah yang tersebut di
dalam surah al-baqarah ayat 79.

KRISTIAN MELANTIK PADERI UNTUK MENGAMPUN DOSA

Seperti yang diketahui umum, kristian telah melantik golongan-
golongan tertentu yang boleh mengampun dosa orang yang bersalah dan
berdosa.

Apabila individu-individu kristian sudah bersalah dan menyesal atas
kesalahannya, maka mereka akan berjumpa dengan paderi yang dilantik
untuk menerima keampunan dosa dari pihak paderi tersebut.

Ajaran kristian ini sebenarnya bercanggah dengan cara yang di
tunjukan oleh Islam. Ini kerana, Islam mengajar bahawa pengampunan
dosa hanya kuasa Allah, tuhan yang maha kuasa.

Firman Allah;

ÝÊáÞì ÂÏã ãä ÑÈå ßáãÇÊ ÝÊÇÈ Úáíå Åäå åæ ÇáÊæÇÈ ÇáÑÍíã

Maksudnya;
"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah
menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang"

(Surah Al-Baqarah : 37)

POPE MENYESAL, SIAPA YANG NAK AMPUN DOSANYA

Kenyataan akhbar utusan Malaysia, rabu, 20 September 2006, halaman 18
menyebut;

"Pope Benedict telah menyatakan beliau amat menyesal kerana melukakan
perasaan umat Islam[5]"

Di dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, menyesal diertikan sebagai ;

"perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yang tidak baik
(dosa dll), keinsafan telah bersalah[6]"

Dengan kenyataan Pope itu menunjukkan bahawa Pope telah melakukan
dosa, mengakibatkan beliau telah mengaku kekesalannya itu.

Tetapi apa yang menjadi persoalan di fikiran kita, Pope adalah
seorang ketua Paderi dunia yang merupakan ketua segala paderi-paderi
di dunia.

Kalau Pope bertugas untuk mengampunkan dosa orang-orang yang berdosa,
maka siapakah pula akan mengampunkan dosa Pope yang telah melakukan
dosa?

Maka dengan itu, jelaslah kepada kita, Kristian adalah agama yang
telah diselewengkan oleh golongan guru-guru mereka dengan tujuan
mencari keuntungan dunia semata-mata.

Ingatlah firman Allah;

æÞá ÌÇÁ ÇáÍÞ æÒåÞ ÇáÈÇØá Åä ÇáÈÇØá ßÇä ÒåæÞÇ

Maksudnya;
"Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah
lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"

(surah al-Isra' : 81)

Sekian..

BIBLIOGRAFI

Al-Quran

Lubabun nuqul fii asbabin nuzul dari Jalaluddin As Suyuthi

Utusan Malaysia : rabu. 20 september 2006

Kamus Dewan, Edisi ketiga : cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. 2002

"al-kitab" (+deuterokanonika) berita baik. cetakan the Bible Society
Of Malaysia. Edisi kedua tahun 2001.

No comments: