July 21, 2009 By: PakarHowTo Category: Pakwe Makwe
Hampir setiap hari, inbox email saya dipenuhi dengan pelbagai pertanyaan dan permintaan. Ada yang mengadu pasal perhubungan dengan kekasih yang tak bagus, ada yang mengadu pasal rumahtangga yang bergolak, ada yang mengadu pasal tiada ketenangan hidup, ada yang minta untuk carikan pakwe yang alim, ada yang minta tolong buatkan assignment, malah ada juga yang minta duit dari saya. huhu
Saya kalau boleh, memang tak nak kecewakan semua yang telah menghantar email pada saya. Kalau boleh saya nak beri bantuan setakat yang saya mampu. Namun, kemampuan saya amat terbatas. Ditambah pula dek kekangan masa kerja yang sangat ketat, saya tak dapat nak penuhi permintaan anda semua. Cuma ada sesetengah saja yang dapat saya tunaikan permintaan dan bantu mereka. Yang tak dapat respon dari saya tu, saya pohon sejuta kemaafan atas kelemahan saya. Bukan niat saya untuk ‘tidak layan’ permintaan anda, tetapi saya memang betul-betul tak berdaya dan tak mampu. Saya harap anda faham.
Baiklah. Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebab-sebab dan punca-punca mengapa seseorang wanita itu ditinggalkan pakwe atau kekasihnya. Kepada yang bertanya tentang perkara ini, saya harap anda berpuas hati dengan info yang saya kongsikan ini. Bacalah betul-betul dan cubalah muhasabah diri tu yer. ;)
Tolong jangan tinggalkan saya bang...
Berikut adalah beberapa sebab atau punca mengapa seseorang lelaki meninggalkan seseorang wanita atau hilang terhadap seseorang wanita.
* 1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki
Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.
* 2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.
Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.
* 3. Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.
Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu
Haaa begitulah 3 punca atau sebab yang sempat saya fikir dan catatkan. Saya tulis ni berdasarkan pendapat dan pandangan saya sebagai seorang lelaki. Ia mungkin betul bagi sesetengah orang tetapi tak betul bagi sesetengah orang yang lain.
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment