Li Shuangt idak pernah menjadikannya alasan untuk tidak bekerja dan keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya. |
WALAUPUN tanpa fizikal sempurna, Li Shuang, 39, dari Chunchang, China tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak bekerja dan keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya.
Di kalangan masyarakat tempatan, Li atau atau lebih dikenali sebagai Hoppy kini boleh dikatakan seperti selebriti tempatan selepas berjaya membina kerjaya sebagai pelukis dan juruhias walaupun dengan sebelah kaki.
Li, kehilangan dua per tiga daripada kakinya akibat kanser pada 2005. Pada awalnya dia menyangka kecacatan dialami akan menyukarkannya mendapat pekerjaan sekali gus menjadi beban kepada keluarga.
Namun, dia bangun dan mula mencipta nama setelah menawarkan perkhidmatan secara percuma. Kini, kehidupannya berubah dan mempunyai hampir 40 orang pekerja yang juga terdiri daripada orang kurang upaya.
"Walaupun sedih kerana kaki terpaksa dipotong, namun saya tidak akan meratapi keadaan itu kerana ia buka gaya saya. Jadi saya buat keputusan sama ada dengan satu kaki atau tiada kaki sekali pun, saya akan terus tabah dan menjalani kehidupan harian seperti biasa," katanya.
Menurutnya, dia ingin mengubah pandangan masyarakat tentang orang kurang upaya dan menganggap golongan itu berhak mendapat peluang kedua sama seperti apa yang dicapainya hari ini.
"Impian saya adalah untuk terus mengembangkan perniagaan dan terus mengambil pekerja kurang upaya yang tidak boleh bekerja di tempat lain. Ini merupakan cara positif untuk tunjukkan kami juga mampu menyumbang kepada komuniti," katanya, laporan dipetik dari Mail Online.

No comments:
Post a Comment