Pages

Tuesday, August 21, 2012

Pengasas WikiLeaks ugut AS


LONDON - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menggambarkan dirinya sebagai mangsa fitnah Amerika Syarikat (AS) selepas beliau menyebarkan rahsia negara itu dari balkoni kedutaan Ecuador di Quito, London iaitu lokasi terkininya selepas mendapat suaka politik dari kedutaan berkenaan.
Beliau yang dalam usaha mengelak diekstradisi ke Sweden berhubung dakwaan melakukan jenayah seks berkata, AS sengaja melakukan fitnah terhadapnya bagi mengalih pandangan antarabangsa  berkenaan rahsia diplomatik dan perihal tentera Amerika, Bradley Manning.
“Saya meminta Presiden Obama untuk melakukan perkara yang betul dan lebih telus serta AS perlu bersumpah untuk tidak mendakwa kakitangan atau penyokong kami,” katanya.
Beliau juga mendakwa meraih sokongan daripada negara Amerika Latin termasuk Brazil, Colombia, Chile, Mexico dan Argentina dalam usaha melakukan pendedahan demi pendedahan terhadap  pencabulan AS.

No comments: