Pages

Tuesday, August 21, 2012

Isu Rohingya: Myanmar bentuk suruhanjaya


Tentera Myanmar tindas etnik Rohingya
Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein didakwa melakukan penindasan ke atas penduduk Rohingya.
YANGON - Myanmar telah membentuk sebuah suruhanjaya untuk menyiasat keganasan etnik Muslim dan Buddha di wilayah Rakhine, sebelah barat negara itu sejak akhir Mei lalu, yang menyaksikan lebih 80 terbunuh manakala 80,000 lagi telah hilang tempat tinggal.
Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Thein Sein semalam.
Baru-baru ini beliau telah menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar diadakan satu siasatan bebas.
Keputusan itu diumumkan di sebalik kritikan dan kecaman hebat dari seluruh dunia termasuk daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
Laporan akhbar New Light of Myanmar menyebut bahawa suruhanjaya itu yang dianggotai oleh 27 orang termasuk pemimpin-pemimpin agama akan mengemukakan punca sebenar pertempuran antara komuniti Islam dan Buddha.
"Satu suruhanjaya bebas telah dibentuk. Ia satu keputusan baik, yang menunjukkan bahawa kami boleh menentukan kedudukan kami sendiri," kata Pengerusi Parti Pembangunan Rakyat Rakhine, Aye Maung dipetik AFP.
Pada Jun lalu, kerajaan membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat pertempuran membabitkan kaum sejak dua bulan lalu. Ia sepatutnya diumumkan akhir bulan Jun tetapi sehingga kini tiada pendedahan.
Dalam pada itu, laporan BBC menyebut bahawa Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyambut baik perkembangan tersebut.
"Ia akan menyumbang kepada pemulihan keamanan," kata jurucakap Ki-moon.
Katanya, keputusan itu akan mewujudkan persekitaran kondusif bagi langkah inklusif menangani punca-punca keganasan termasuk keadaan komuniti Islam di Rakhine.
Suruhanjaya itu akan mengemukakan penemuan bulan depan.

No comments: