Pages

Tuesday, August 21, 2012

UNASUR kutuk ugutan Britain



 
Quito: Menteri Luar 12 negara anggota kumpulan Kesatuan Negara Amerika Selatan (UNASUR) mengecam Britain kerana mengancam untuk menyerbu masuk kedutaan Ecuador di London untuk menahan pengasas WikiLeaks, Julian Assange.

Bagaimanapun, mereka tidak menyokong keputusan Ecuador untuk memberi perlindungan politik kepada Assange.

Pengasas WikiLeaks itu dikehendaki di Sweden untuk disoal mengenai dakwaan salah laku seks.
Menteri berkenaan mengeluarkan kenyataan itu selepas bermesyuarat di Guayaquil, Ecuador, kelmarin.

Sokong perlindungan

Kelmarin, Cuba, Venezuela, Bolivia, Nicaragua dan Argentina menyokong keputusan Ecuador memberi perlindungan kepada Assange. Brazil, Colombia, Mexico dan Chile pula berkecuali.

Ecuador menegaskan, ia memberi perlindungan kepada Assange kerana Britain atau Sweden tidak menjamin akan mengesktradisi pengasas WikiLeaks itu ke Amerika Syarikat.
Sementara itu, Assange muncul di anjung kedutaan Ecuador dan membidas Amerika sambil mendesak Presiden Barack Obama berhenti menghukum WikiLeaks kerana membocorkan maklumat mengenai hal ehwal diplomasi negara kuasa besar itu.

Bercakap dalam kawasan kedutaan itu bagi mengelak ditahan anggota polis Britain yang berada di luarnya, Assange berkata, Amerika memerangi kumpulan seperti WikiLeaks.

Menyamakan dirinya kepada kumpulan punk Russia, Pussy Riot dan akhbar New York Times, Assange berkata, Amerika mengambil risiko membawa dunia ke era baru apabila wartawan juga tidak dapat bersuara.

Kebebasan bersuara

Ketika WikiLeaks menghadapi ugutan, begitu juga kebebasan bersuara dan keadaan masyarakat di mana-mana saja, kata Assange.

Saya minta Presiden Obama ambil langkah sepatutnya iaitu Amerika mesti menghentikan tindakan terhadap WikiLeaks, katanya dalam ucapan 10 minit diakhiri dengan isyarat kemenangan kepada media hadir.

Presiden Ecuador, Rafael Correa, Menyifatkan media Amerika tidak boleh dipercayai serta melabel negara itu sebagai kuasa penjajah, memutuskan memberi perlindungan kepada Assange
Agensi

No comments: