Pages

Tuesday, August 21, 2012

7 maut dalam serangan ketika solat Aidilfitri


7 maut dalam serangan ketika solat Aidilfitri
Penunjuk perasaan menuntut agar saudara-mara bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dipecat dari pasukan polis dan tentera, ketika menghadiri solat Aidilfitri di Sanaa, Yaman semalam
SANAA - Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke sebuah masjid ketika solat Aidilfitri di selatan Yaman semalam.
Pegawai Kementerian Pertahanan berkata, lelaki berkenaan sedang diburu dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan serangan bulan lalu.
Sementara itu, pada serangan berasingan Ahad lalu, seorang pengebom berani mati yang disyaki mempunyai hubungan dengan gerakan militan al-Qaeda meletupkan dirinya di wilayah Abyan selatan di bandar Maudiya.
Kejadian itu menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan dua yang lain, kata pihak berkuasa tempatan.

No comments: