Pages

Tuesday, August 21, 2012

Hari Raya lebih awal



 
Jakarta: Ada anggota kumpulan minoriti Islam di Indonesia dilaporkan menyambut Aidilfitri lebih awal iaitu pada Jumaat dan Sabtu meskipun pihak berkuasa kerajaan pusat menetapkan sambutan 1 Syawal adalah pada hari Ahad.

Di beberapa bandaraya di Sumatera Barat, kira-kira 5,000 pengikut tarikat Naqsabandiyah melakukan solat sunat Aidilfitri menandakan berakhirnya Ramadan pada pagi Jumaat.

Kiraan hisab sendiri
Anggota kumpulan terbabit percaya bahawa hari terakhir bulan puasa adalah bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Indonesia berikutan satu pengiraan berdasarkan kiraan hisab mereka sendiri.

Kumpulan terbabit dilaporkan turut meraikan hari pertama Ramadan lebih awal iaitu pada 18 Julai, dua hari lebih awal daripada yang disambut kebanyakkan masyarakat Islam di Indonesia.

Pertubuhan Islam kedua terbesar, Muhammadiyah memutuskan bahawa hari pertama sambutan bulan puasa jatuh pada 20 Julai manakala pertubuhan lain termasuk Nadhatul Ulama (NU) dan kerajaan memilih permulaan puasa adalah 21 Julai.

Kami tidak pernah kisah perbezaan ini. Setiap manusia mempunyai kepercayaan sendiri, kata Mursyid, seorang pemimpin Naqsabandiyah. Ada juga kumpulan lain di Jawa Timur meraikan Aidilfitri sehari lebih awal.
Berpuluh pengikut tarikat Anfusiyah menghadiri solat sunat Aidilfitri di kampung Sanggarahan, di Mojokerto, Jawa Timur, pada hari jumaaat.
Agensi

No comments: